Nikah Thailand. Kahwin Thailand.
Berikut adalah dokumen-dokumen yang perlu dibawa untuk kahwin Thailand, untuk memudahkan pendaftaran nikah di luar negara bila kembali ke Malaysia nanti:- Pasport yang sah.
Pasport akan diperlukan oleh Konsulat Malaysia di Songkhla. Selain itu, tanda masuk dan keluar dari Siam dalam pasport boleh digunakan sebagai bukti bahawa anda benar-benar berada di Siam pada hari pernikahan, jika disoal oleh hakim mahkamah syariah nanti (untuk pendaftaran perkahwinan di Malaysia). - Kad pengenalan
Kad pengenalan akan diperlukan oleh jurunikah dan Konsulat Malaysia. - Surat cerai
Jika berkenaan - Sijil mati
Bagi balu yang ingin kahwin semula - Surat izin wali
Jika ada
Jangan lupa membawa salinan pakaian dan sebagainya untuk pernikahan anda.
Pengiraan Kos
Untuk menilai kos sebenar kahwin Thailand melalui pakej-pakej yang berlainan, dapatkan maklumat samada kos pakej termasuk semua yang berikut. Jika tidak, dapatkan kos tambahan yang diperlukan untuk mendapat semua yang berikut:- Kos perjalanan pergi-balik dari Malaysia ke Siam
- Kos keseluruhan, termasuk bayaran kepada jurunikah, saksi dan mendapatkan dokumen berkaitan
- Kos untuk mendapatkan surat dari Majlis Agama Islam Wilayah berkenaan
- Adakah surat dari Majlis Agama berkenaan didapati pada hari yang sama atau perlu diambil dari tempat tertentu pada hari lain? Jika perlu diambil pada hari lain, berapa kos perjalanan pergi-balik dan lain-lain belanja untuk mendapatkannya?
- Adakah surat dari Konsulat Malaysia didapati pada hari yang sama atau perlu diambil dari tempat tertentu pada hari lain? Jika perlu diambil pada hari lain, berapa kos perjalanan pergi-balik dan lain-lain belanja untuk mendapatkannya?
No comments:
Post a Comment