Agen Kahwin di ThailandKami membawa pasangan untuk berkahwin secara sah di pejabat Majlis Agama Islam Songkhla. Pernikahan ini adalah sah mengikut hukum syarak dan diiktiraf oleh Kerajaan Malaysia. Kami menyediakan pengangkutan pergi-balik bermula dari Bukit Kayu Hitam di Kedah. Perjalanan dari tempat tinggal ke Bukit Kayu Hitam tidak termasuk dalam khidmat kami. Dari Bukit Kayu Hitam, pasangan akan dibawa terus ke pejabat Majlis Agama Islam Songkhla (MAIS), yang terletak dalam masjid di Jalan Klonghae, Hat Yai. Berikut ialah contoh jadual perjalanan:
|
Khidmat selepas Pernikahan
Kami bukan agen nikah yang "lepas tangan" setelah selesai pernikahan kat Thailand. Selain membawa pasangan untuk berkahwin di Thailand, kami juga memberi bantuan dalam bentuk khidmat nasihat untuk memudahkan proses pendaftaran pernikahan setelah kembali ke Malaysia nanti. Setakat ini, belum ada satu pun pasangan yang kami bantu yang menghadapi masalah dalam proses pendaftaran nikah di Malaysia. Khidmat nasihat yang kami berikan begitu rapi sehingga belum ada satu kes pun dimana agen atau saksi diminta hadir oleh hakim untuk memberi keterangan di mahkamah syariah. Semua perbicaraan berjalan dengan cukup lancar!
Dokumen Perjalanan dan Persediaan sebelum ke Thailand
- Rakyat Malaysia yang mempunyai kad pengenalan dengan alamat di Perlis, Perak, Kedah atau Kelantan boleh memasuki Thailand menggunakan Pas Sempadan
- Rakyat Malaysia yang mempunyai kad pengenalan dengan alamat selain empat negeri diatas perlu membawa pasport dengan tempoh sah tidak kurang 6 bulan dari tarikh perjalanan ke Thailand
- Dokumen perjalanan diatas diperlukan untuk melepasi imigresen Siam dan juga sebagai bukti kepada Konsulat Malaysia dan Mahkamah Syariah bahawa pasangan benar-benar berada di Siam pada hari pernikahan itu
- Bawa bersama kad pengenalan
- Janda hendaklah membawa surat cerai atau surat kematian suami
Mengapa Pilih Khidmat Kami
- Perkhidmatan yang lengkap (bukan setakat surat nikah, tapi juga surat pengesahan nikah dari Majlis Agama dan Konsulat Malaysia, semuanya pada hari yang sama)
- Harga yang rendah berbanding agen nikah di Yala, Narathiwat atau Pattani untuk perkhidmatan yang lengkap sehingga mendapat surat pengesahan Konsulat Malaysia
- Tarikh nikah ditetapkan oleh pasangan sendiri. Notis setengah hari pun sudah cukup
- Kami memberikan khidmat nasihat yang berkesan untuk tujuan pendaftaran nikah di Malaysia
- Kami menyediakan makan tengah hari secara percuma kepada pasangan di restoran Islam yang berkualiti di pantai Songkhla
- Kami dapat dihubungi dengan mudah dan murah di Malaysia sepanjang masa - tak perlu membuat panggilan kos tinggi ke nombor telefon Thailand pada waktu siang atau malam
Salam, berapakah harga yang ditawarkan untuk menguruskan semua proses di atas?
ReplyDelete