Popular Posts

Thursday, April 21, 2011

Kahwin Lagi - Isteri Kedua


Kahwin Lagi - Isteri Kedua

ramai pasangan yang pergi ke Siam kalau nak kahwin lagi. Proses untuk berkahwin dengan isteri kedua di Malaysia mengambil masa yang agak lama, walau pun setelah mendapat izin isteri pertama. Maka itulah sebabnya ramai pasangan yang memilih untuk kahwin lagi di Thailand, walau pun perbuatan ini menyalahi undang-undang. Ada kalanya, perbuatan kahwin lagi di Thailand ini disebabkan terpaksa, untuk menutup malu keluarga. Ini berlaku bila seorang suami telah terlanjur dengan seorang perempuan lain, menyebabkan perempuan itu berbadan dua.
Lelaki itu kemudiannya memilih untuk bertanggung-jawab terhadap perempuan tersebut dan ingin mengambilnya sebagai isteri kedua dengan kadar segera. Tujuannya ingin memperisterikan perempuan itu secepat mungkin ialah untuk menutup malu, bukan saja untuk perempuan itu tetapi juga ibu-bapa dan keluarganya. Kalau pernikahan berlaku segera, orang ramai mungkin tak sedar perempuan itu mengandung sebelum melangsungkan perkahwinan. Ini dapat menutup malu keluarga yang tidak bersalah.
Tetapi, proses poligami di Malaysia tidak memungkinkan perkahwinan segera bagi pasangan begini. Proses mahkamah perlu dilalui dahulu sebelum izin didapati untuk kahwin lagi dan perempuan itu boleh diambil sebagai isteri kedua. Walau pasangan yang sedia ada merngizinkan pun, proses mahkamah yang mengambil masa lama masih perlu dilalui.

Nikah Thailand amat Mudah

Proses nikah di Thailand sangat mudah. Bagi kebanyakan pasangan, yang perlu dibawa cuma kad pengenalan dan pasport (atau Pas Sempadan bagi mereka yang tinggal di negeri-negeri bersempadan dengan Siam: Kedah, Perlis, Perak dan Kelantan).
Majlis Agama Islam di Siam tidak memerlukan surat kebenaran, sijil kursus pra-perkahwinan, sijil ujuan HIV dan sebagainya.

Berhati-hati!

Dalam pada itu, jurunikah di sana tak dapat menentukan status sebenar pasangan yang datang untuk berkahwin. Tiada cara bagi mereka menentukan sama ada seorang lelaki itu belum beristeri atau sudah pun mempunyai empat orang teman hidup. Tiada cara juga bagi mereka menentukan sama ada seorang perempuan itu belum pernah berkahwin, atau sudah bercerai, atau masih dalam eddah atau belum bercerai.
Ini bermakna bahawa sesiapa yang ingin berkahwin di Siam perlu betul-betul tahu latar belakang dan status pasangan mereka supaya tak tertipu atau berhadapan dengan masalah dimasa depan nanti.
Berhati-hati sebelum meneruskan hasrat untuk berkahwin di Siam!

Prosedur Pernikahan di Siam

Prosedur pernikahan di luar negara yang memenuhi undang-undang Malaysia adalah seperti berikut:
  1. Pergi ke Pejabat agama dan mohon kebenaran untuk melangsungkan pernikahan di luar negara, dengan memberikan sebab-sebab mengapa ingin berbuat demikian.
  2. Sekiranya melibatkan poligami, mohon kebenaran untuk poligami
  3. Setelah mendapat surat kebenaran untuk melangsungkan perkahwinan di luar negara dan kebenaran untuk kahwin lagi (dengan isteri kedua - jika berkenaan) barulah pergi ke negara jiran.
  4. Bagi kebanyakan kes, cukup untuk kesana dengan hanya membawa pasport dan kad pengenalan.
  5. Proses nikah Thailand sama seperti di Malaysia. Tapi bawa bersama videocam supaya kami dapat merakamkan upacara akad, untuk dijadikan bahan bukti bila mendaftar di Malaysia nanti.

No comments:

Post a Comment