Kahwin Lari, Akad Nikah Thailand
Kahwin lari dan prosedur nikah di Thailand harus mengambil kira keperluan untuk mendaftarkan perkahwinan itu bila kembali ke Malaysia selepas nikah Thailand. Oleh itu, nikah Siam bukan setakat akad nikah di Thailand dan pengeluaran sijil, tetapi juga melibatkan pengesahan sijil oleh Majlis Agama Islam di Wilayah berkenaan, dan seterusnya mendapat surat pengesahan dari Konsulat Malaysia bagi Selatan Thai. Surat pengesahan perkahwinan dari Konsulat di Selatan Thai ini perlu diserahkan kepada Majlis Agama di Malaysia untuk pendaftaran perkahwinan nanti. |
Ada cuma satu Konsulat Malaysia di Selatan Thai, dan konsulat ini terletak di Songkhla. Konsulat inilah yang perlu mengesahkan sijil perkahwinan dari seluruh Selatan Thai bagi rakyat Malaysia yang kawin lari dan nikah Siam. Jadi, mengapa kawin di Narathiwat atau Yala yang jauh dari Konsulat Malaysia yang satu ini? |
Tempat terbaik untuk akad nikah Siam ialah di Songkhla dimana semua sijil dan surat pengesahan dapat diterima dalam masa yang singkat. Tak perlu menunggu berhari-hari atau berminggu-minggu untuk surat pengesahan. Cuma perlu semalaman untuk surat Konsulat. Tak perlu bayar harga yang tinggi. Dan kami boleh uruskan semuanya. |
Lagi pun, Songkhla paling selamat. Tak ada rusuhan.
Contoh Prosedur Nikah Thailand (bersama kami)
Contoh : Pasangan yang ingin kawin lari di Siam itu berasal dari Selangor.
Pasangan ini boleh mengambil penerbangan Air Asia ke Alor Setar untuk sampai kesana dalam pukul 8:15 pagi.
Dari Alor Setar, pasangan ini akan dibawa untuk kahwin Thailand melalui Bukit Kayu Hitam untuk pergi ke pejabat Majlis Agama Islam Songkhla di Hat Yai. Perjalanan ini mengambil masa lebih kurang satu jam.
Pernikahan mengambil masa lebih kurang setengah jam. Selesai akad, sijil dikeluarkan. Kemudian Majlis Agama Islam Songkhla mengeluarkan surat pengesahan yang ditujukan kepada Konsulat Malaysia di Songkhla. Waktu menunggu di Majlis Agama Songkhla lebih kurang setengah jam.
Agen yang sahih akan membawa anda dan pasangan anda ke Majlis Agama Islam wilayah berkenaan dan mendapatkan surat pengesahan pada hari pernikahan, bukan seminggu kemudian. Sindiket palsu tidak akan membawa anda ke Majlis Agama Islam wilayah berkenaan dan akan mengeluarkan surat pengesahan palsu yang kononnya dari Majlis Agama Islam.Sebagai langkah mencegah sindiket palsu, Majlis Agama Islam Wilayah Songkhla tidak lagi membenarkan rakyat Malaysia berkahwin dimana-mana tempat selain Pejabat Majlis Agama Islam di Hat Yai.
Setelah mendapat pengesahan dari majlis Agama di Songkhla, pasangan ini dibawa pula ke Konsulat Malaysia di bandar Songkhla untuk mendapatkan pengesahan dari Konsulat Malaysia pula. Perjalanan dari Majlis Agama Songkhla mengambil masa setengah jam. Konsulat akan mengeluarkan surat pengesahan pada hari esoknya
Surat pengesahan Konsulat Malaysia hanya boleh didapati di Songkhla, tidak di Yala atau Narathiwat. Surat ini mesti diserahkan bersama permohonan pendaftaran di Malaysia nanti Segala prosedur nikah Thailand diatas boleh selesai sebelum tengah hari. Ada masanya, proses ini lewat sedikit, tapi masih boleh siap disebelah petang hari yang sama. Selepas itu, pasangan ini bebas untuk kembali ke Malaysia, atau bersiar-siar di bandar Songkhla atau Hat Yai atau lain-lain tempat (jika masa mengizinkan).
Kalau ingin pulang menaiki kapal terbang dari Alor Setar, elok ambil penerbangan MAS yang terakhir.
Keseluruhan proses, sehingga mendapat pengesahan dari Konsulat Malaysia di Selatan Thai, dilakukan pada hari yang sama!
No comments:
Post a Comment