Popular Posts

Thursday, April 21, 2011

Mengapa pilih kami?

Agen Kahwin di Thailand

Kami membawa pasangan untuk berkahwin secara sah di pejabat Majlis Agama Islam Songkhla. Pernikahan ini adalah sah mengikut hukum syarak dan diiktiraf oleh Kerajaan Malaysia.
Kami menyediakan pengangkutan pergi-balik bermula dari Bukit Kayu Hitam di Kedah. Perjalanan dari tempat tinggal ke Bukit Kayu Hitam tidak termasuk dalam khidmat kami.
Dari Bukit Kayu Hitam, pasangan akan dibawa terus ke pejabat Majlis Agama Islam Songkhla (MAIS), yang terletak dalam masjid di Jalan Klonghae, Hat Yai.
Berikut ialah contoh jadual perjalanan:

    Masa

    Perkara

    8:30 pagi
    Berjumpa di Bukit Kayu Hitam

    10:00 pagi
    Akad Nikah di Pejabat MAIS, Hat Yai. Seorang Naib Kadi akan menjadi jurunikah/wali hakim. Dua lagi Naib Kadi akan bertindak sebagai saksi perkahwinan.

    Jangan lupa membawa kamera atau videocam. Kami akan merekodkan upacara akad nikah itu.

    11:00 pagi
    Terima Surat Nikah dan Surat Pengesahan Nikah dari MAIS dan pergi ke Konsulat Malaysia di Songkhla

    12:30 tgh hari
    Terima surat pengesahan nikah dari Konsulat Malaysia. Surat pengesahan ini hanya dikeluarkan jika Konsulat berpuas hati bahawa perkahwinan adalah sah. Surat Konsulat ini diperlukan dalam proses pendaftaran nikah di Malaysia nanti.

    1:00 tgh hari
    Jamuan Makan Tengah Hari di sebuah Restoran Islam berdepan pantai Songkhla (percuma untuk pasangan)

    2:00 ptg
    Penginapan di Hotel 4 Bintang dan Sarapan Pagi, bersiar-siar/membeli-belah di Hat Yai dan tiket percuma pulang ke Malaysia (sekiranya pasangan ingin berbuat demikian). (Pakej A)

    5:00 ptg
    Tiba di Bukit Kayu Hitam untuk perjalanan pulang

Khidmat selepas Pernikahan

Kami bukan agen nikah yang "lepas tangan" setelah selesai pernikahan kat Thailand. Selain membawa pasangan untuk berkahwin di Thailand, kami juga memberi bantuan dalam bentuk khidmat nasihat untuk memudahkan proses pendaftaran pernikahan setelah kembali ke Malaysia nanti. Setakat ini, belum ada satu pun pasangan yang kami bantu yang menghadapi masalah dalam proses pendaftaran nikah di Malaysia. Khidmat nasihat yang kami berikan begitu rapi sehingga belum ada satu kes pun dimana agen atau saksi diminta hadir oleh hakim untuk memberi keterangan di mahkamah syariah. Semua perbicaraan berjalan dengan cukup lancar!

Dokumen Perjalanan dan Persediaan sebelum ke Thailand

  • Rakyat Malaysia yang mempunyai kad pengenalan dengan alamat di Perlis, Perak, Kedah atau Kelantan boleh memasuki Thailand menggunakan Pas Sempadan
  • Rakyat Malaysia yang mempunyai kad pengenalan dengan alamat selain empat negeri diatas perlu membawa pasport dengan tempoh sah tidak kurang 6 bulan dari tarikh perjalanan ke Thailand
  • Dokumen perjalanan diatas diperlukan untuk melepasi imigresen Siam dan juga sebagai bukti kepada Konsulat Malaysia dan Mahkamah Syariah bahawa pasangan benar-benar berada di Siam pada hari pernikahan itu
  • Bawa bersama kad pengenalan
  • Janda hendaklah membawa surat cerai atau surat kematian suami

Mengapa Pilih Khidmat Kami

  • Perkhidmatan yang lengkap (bukan setakat surat nikah, tapi juga surat pengesahan nikah dari Majlis Agama dan Konsulat Malaysia, semuanya pada hari yang sama)
  • Harga yang rendah berbanding agen nikah di Yala, Narathiwat atau Pattani untuk perkhidmatan yang lengkap sehingga mendapat surat pengesahan Konsulat Malaysia
  • Tarikh nikah ditetapkan oleh pasangan sendiri. Notis setengah hari pun sudah cukup
  • Kami memberikan khidmat nasihat yang berkesan untuk tujuan pendaftaran nikah di Malaysia
  • Kami menyediakan makan tengah hari secara percuma kepada pasangan di restoran Islam yang berkualiti di pantai Songkhla
  • Kami dapat dihubungi dengan mudah dan murah di Malaysia sepanjang masa - tak perlu membuat panggilan kos tinggi ke nombor telefon Thailand pada waktu siang atau malam

Kahwin Lagi - Isteri Kedua


Kahwin Lagi - Isteri Kedua

ramai pasangan yang pergi ke Siam kalau nak kahwin lagi. Proses untuk berkahwin dengan isteri kedua di Malaysia mengambil masa yang agak lama, walau pun setelah mendapat izin isteri pertama. Maka itulah sebabnya ramai pasangan yang memilih untuk kahwin lagi di Thailand, walau pun perbuatan ini menyalahi undang-undang. Ada kalanya, perbuatan kahwin lagi di Thailand ini disebabkan terpaksa, untuk menutup malu keluarga. Ini berlaku bila seorang suami telah terlanjur dengan seorang perempuan lain, menyebabkan perempuan itu berbadan dua.
Lelaki itu kemudiannya memilih untuk bertanggung-jawab terhadap perempuan tersebut dan ingin mengambilnya sebagai isteri kedua dengan kadar segera. Tujuannya ingin memperisterikan perempuan itu secepat mungkin ialah untuk menutup malu, bukan saja untuk perempuan itu tetapi juga ibu-bapa dan keluarganya. Kalau pernikahan berlaku segera, orang ramai mungkin tak sedar perempuan itu mengandung sebelum melangsungkan perkahwinan. Ini dapat menutup malu keluarga yang tidak bersalah.
Tetapi, proses poligami di Malaysia tidak memungkinkan perkahwinan segera bagi pasangan begini. Proses mahkamah perlu dilalui dahulu sebelum izin didapati untuk kahwin lagi dan perempuan itu boleh diambil sebagai isteri kedua. Walau pasangan yang sedia ada merngizinkan pun, proses mahkamah yang mengambil masa lama masih perlu dilalui.

Nikah Thailand amat Mudah

Proses nikah di Thailand sangat mudah. Bagi kebanyakan pasangan, yang perlu dibawa cuma kad pengenalan dan pasport (atau Pas Sempadan bagi mereka yang tinggal di negeri-negeri bersempadan dengan Siam: Kedah, Perlis, Perak dan Kelantan).
Majlis Agama Islam di Siam tidak memerlukan surat kebenaran, sijil kursus pra-perkahwinan, sijil ujuan HIV dan sebagainya.

Berhati-hati!

Dalam pada itu, jurunikah di sana tak dapat menentukan status sebenar pasangan yang datang untuk berkahwin. Tiada cara bagi mereka menentukan sama ada seorang lelaki itu belum beristeri atau sudah pun mempunyai empat orang teman hidup. Tiada cara juga bagi mereka menentukan sama ada seorang perempuan itu belum pernah berkahwin, atau sudah bercerai, atau masih dalam eddah atau belum bercerai.
Ini bermakna bahawa sesiapa yang ingin berkahwin di Siam perlu betul-betul tahu latar belakang dan status pasangan mereka supaya tak tertipu atau berhadapan dengan masalah dimasa depan nanti.
Berhati-hati sebelum meneruskan hasrat untuk berkahwin di Siam!

Prosedur Pernikahan di Siam

Prosedur pernikahan di luar negara yang memenuhi undang-undang Malaysia adalah seperti berikut:
  1. Pergi ke Pejabat agama dan mohon kebenaran untuk melangsungkan pernikahan di luar negara, dengan memberikan sebab-sebab mengapa ingin berbuat demikian.
  2. Sekiranya melibatkan poligami, mohon kebenaran untuk poligami
  3. Setelah mendapat surat kebenaran untuk melangsungkan perkahwinan di luar negara dan kebenaran untuk kahwin lagi (dengan isteri kedua - jika berkenaan) barulah pergi ke negara jiran.
  4. Bagi kebanyakan kes, cukup untuk kesana dengan hanya membawa pasport dan kad pengenalan.
  5. Proses nikah Thailand sama seperti di Malaysia. Tapi bawa bersama videocam supaya kami dapat merakamkan upacara akad, untuk dijadikan bahan bukti bila mendaftar di Malaysia nanti.

Hubungi Kami

Berikut diantara SMS yang dikirim oleh pelanggan kami setelah kahwin di Thailand (Nama dirahsiakan)

Salam. Terima kasih. Alhamdulillah semua dah selesai
Aslkum. Saya mgucapkn bnyk2 trima ksh d atas pertolongan encik....
Salam. Saya nak ucapkan terima kasih atas perkhidmatan yang baik untuk bernikah di Hat Yai. Semuanya telah berjalan lancar. Syukur alhamdulillah
Terima kasih, bang. Semuanya berjalan lancar sangat. Kalau ada org lain nak pegi, saya akan rekomen abang.
Everything went very quickly and smoothly. There was no problem at all!

Jika anda inginkan maklumat yang lebih lanjut sila hubungi:

En. Farid : 017- 8469408

Soalan Lazim

Hukum Kahwin di Thailand Sah, menurut Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia Kali Ke-52 yang bersidang pada 1 Jul 2002. Lihat disini
Kalau wali tak izinkan? Wali tidak boleh enggan untuk menikahkan perempuan yang dalam kewaliannya jika pilihan perempuan itu memenuhi kehendak syarak. Kalau wali enggan sedangkan pilihan perempuan itu memenuhi kehendak syarak, maka wali hakim boleh menikahkan. Lihat ulasan JAKIM
Tempat Nikah Pejabat Majlis Agama Islam Wilayah Songkhla (MAIS) di Hat Yai. Rakyat asing yang ingin nikah di Songkhla tidak dibenarkan nikah ditempat lain
Adakah ini sindiket palsu Ini bukan sindiket palsu. Pernikahan berlangsung di Pejabat Majlis Agama Islam Songkhla sendiri oleh jurunikah bertauliah. Rakyat Songkhla beragama Islam pun dinikahkan oleh jurunikah yang sama.Selain surat nikah, pasangan akan menerima surat pengesahan nikah dari MAIS dan akan dibawa ke Konsulat Malaysia untuk mendapatkan surat pengesahan dari Konsulat. Pengesahan dari Konsulat Malaysia adalah pengesahan dari wakil Kerajaan Malaysia di Siam.
Sindiket palsu tidak akan membawa anda ke Majlis Agama dan tidak akan menghantar anda ke Konsulat Malaysia untuk mendapatkan surat pengesahan.
Bila boleh pergi? Bila-bila pun boleh. Bagi kami notis dalam sehari pun dah cukup. Tapi, Konsulat Malaysia tutup pada hari Sabtu dan Ahad, dan pada hari Cuti Am. Lihat Senarai Cuti Am Thailand 2011
Masa yang diperlukan Segala urusan, termasuk mendapatkan surat dari Konsulat Malaysia, selesai dalam masa beberapa jam sahaja.
Dokumen yang perlu dibawa Kad pengenalan dan pasport. Penduduk sempadan (Perlis, Kedah, Perak dan Kelantan) boleh menggunakan pas sempadan kalau tak ada pasport. Untuk senarai dokumen lain, Lihat disini
Harga untuk khidmat ini RM1,X00 sepasang untuk hari bekerja (Isnin - Jumaat). Ada caj tambahan kalau pergi hujung minggu atau cuti am, untuk mendapatkan surat dari Konsulat Malaysia pada hari bekerja berikutnya.

Kahwin Lari | Kisah Benar Punca Kahwin Di Siam


Secara amnya, masyarakat memandang serong terhadap pasangan yang kahwin lari. Memang benar, banyak yang negatif tentang perbuatan ini. Tapi, ada kalanya, ia dapat menyelesaikan masalah, terutamanya dalam kes wali enggan
Bila ayah enggan membenarkan anaknya nikah dengan lelaki pilihannya, anaknya berhak membawa perkara tersebut ke mahkamah. Tetapi, apabila anak membawa perkara seperti ini ke mahkamah, maka hubungan ayah dan anak akan menjadi teramat buruk, mungkin sehingga tak dapat diperbaiki lagi.
Membawa kes begini ke mahkamah bukan penyelesaian yang baik.
Ada pendapat yang mengatakan bahawa nikah di Siam, dalam kes wali enggan, tidak adil kerana menghapuskan hak wali. Orang yang memberikan pendapat begini tidak pulak memikirkan perasaan dan keinginan anak yang terhalang. Anak yang akan menanggung, bukan ayah.
Namum begitu, diakui bahawa ada kalanya larangan ayah memang berasas. Tapi tidak sentiasa begitu.

Kisah Pasangan Terlanjur
Razali dah berkahwin. Mereka ada seorang anak. Tapi Razali telah terlanjur dengan Roslah dan ingin bertanggungjawab keatas perbuatannya itu. Tapi, hajatnya untuk memperisterikan Roslah dihalang oleh isterinya, ibunya dan bapanya. Rupanya ada juga ibu bapa yang menggalakkan anak supaya tak bertanggungjawab.

Kisah Sepasang Pelajar
Pasangan Azlan dan Fiza masih belajar di universiti. Mereka ingin mendirikan rumahtangga tapi dihalang oleh ayah Fiza, atas alasan mereka masih belajar. Lalu mereka nikah di Siam dengan niat untuk nikah sekali lagi di Malaysia apabila tamat belajar nanti.

Wali Enggan : Nikah di Siam kerana tak dapat izin wali
Pasangan Roslan dan Rosmah telah menjalin cinta selama 8 tahun, tapi masih tak mendapat izin ayah Rosmah untuk mereka mendirikan rumahtangga. Akhirnya mereka memilih untuk nikah di Siam.

Ayah menolak pilihan anak yang berpendapatan rendah
Fikri bertugas sebagai supervisor dalam syarikat binaan. Ita, kekasihnya, bekerja sebagai admin assistant dengan kelulusan SPM. Tapi ayah Ita mengharapkan Ita akan mendirikan rumahtangga dengan seorang yang berjawatan profesional seperti peguam, akauntan, jurutera dan sebagainya. Akhirnya mereka kahwin lari ke Siam

Panduan Nikah Thailand


Nikah Thailand. Kahwin Thailand.

Berikut adalah dokumen-dokumen yang perlu dibawa untuk kahwin Thailand, untuk memudahkan pendaftaran nikah di luar negara bila kembali ke Malaysia nanti:
  1. Pasport yang sah.
    Pasport akan diperlukan oleh Konsulat Malaysia di Songkhla. Selain itu, tanda masuk dan keluar dari Siam dalam pasport boleh digunakan sebagai bukti bahawa anda benar-benar berada di Siam pada hari pernikahan, jika disoal oleh hakim mahkamah syariah nanti (untuk pendaftaran perkahwinan di Malaysia).
  2. Kad pengenalan
    Kad pengenalan akan diperlukan oleh jurunikah dan Konsulat Malaysia.
  3. Surat cerai
    Jika berkenaan
  4. Sijil mati
    Bagi balu yang ingin kahwin semula
  5. Surat izin wali
    Jika ada
Dinasihatkan membawa videocam untuk merakamkan proses perkahwinan, untuk lebih meyakinkan hakim di mahkamah syariah nanti.
Jangan lupa membawa salinan pakaian dan sebagainya untuk pernikahan anda.

Pengiraan Kos

Untuk menilai kos sebenar kahwin Thailand melalui pakej-pakej yang berlainan, dapatkan maklumat samada kos pakej termasuk semua yang berikut. Jika tidak, dapatkan kos tambahan yang diperlukan untuk mendapat semua yang berikut:
  1. Kos perjalanan pergi-balik dari Malaysia ke Siam
  2. Kos keseluruhan, termasuk bayaran kepada jurunikah, saksi dan mendapatkan dokumen berkaitan
  3. Kos untuk mendapatkan surat dari Majlis Agama Islam Wilayah berkenaan
  4. Adakah surat dari Majlis Agama berkenaan didapati pada hari yang sama atau perlu diambil dari tempat tertentu pada hari lain? Jika perlu diambil pada hari lain, berapa kos perjalanan pergi-balik dan lain-lain belanja untuk mendapatkannya?
  5. Adakah surat dari Konsulat Malaysia didapati pada hari yang sama atau perlu diambil dari tempat tertentu pada hari lain? Jika perlu diambil pada hari lain, berapa kos perjalanan pergi-balik dan lain-lain belanja untuk mendapatkannya?
Surat dari Konsulat adalah penting bagi pendaftaran nikah di Malaysia. Surat ini adalah pengesahan sebuah jabatan dalam Kerajaan Malaysia bahawa nikah Thailand itu adalah sah. Tanpa surat dari Konsulat, ada kemungkinan hakim mahkamah Syariah akan meminta bukti-bukti lain, termasuk meminta saksi-saksi hadir dalam mahkamah.

Pemilihan Tarikh Nikah

Pilih untuk pergi ke Thailand pada hari bekerja biasa, bukan hujung minggu atau cuti am. Konsulat Malaysia akan tutup pada hujung minggu dan cuti am, dan ini akan menambah belanja dan melewatkan untuk mendapatkan surat pengesahan nikah dari Konsulat Malaysia di Songkhla. Surat ini diperlukan untuk pendaftaran nikah luar negeri di Malaysia nanti.

Surat Pengesahan Konsulat Malaysia

Surat Pengesahan Konsulat Malaysia

Setelah nikah di Yala dan mendapat pengesahan dari Majlis Agama Islam Yala, atau setelah kahwin di Narathiwat dan mendapat surat pengesahan nikah dari Majlis Agama Islam Narathiwat, atau kahwin di Songkhla dan mendapatkan pengesahan kawin dari Majlis Agama Islam Songkhla, pasangan Malaysia yang nikah di Siam perlu mendapatkan surat pengesahan kahwin dari Konsulat Malaysia di Thailand.
Surat ini adalah pengiktirafan Kerajaan Malaysia bahawa pernikahan itu adalah sah, dan ini akan memudahkan proses pendaftaran nikah di Malaysia nanti.
Tidak ada konsulat Malaysia berasingan di Yala atau Narathiwat. Rakyat Malaysia yang kahwin di seluruh Selatan Thailand perlu mendapatkan surat pengesahan kawin dari Songkhla. Mereka yang ingin melangsungkan perkahwinan di luar Songkhla harus memikirkan bagaimana untuk mendapatkan surat ini nanti, dan berapa pula kos tambahan yang perlu dibayar untuk mendapatkannya.
Surat pengesahan kawin dari Konsulat Malaysia ini perlu diserahkan kepada Majlis Agama Islam di Malaysia sebagai sebahagian dari dokumen untuk pendaftaran nikah di Malaysia, supaya kes akan berjalan lancar di mahkamah rendah syariah nanti. Sekiranya surat pengesahan ini tidak disertakan dalam permohonan pendaftaran kawin, ada kemungkinan mahkamah syariah akan meminta saksi untuk hadir di mahkamah.


nikah Yala, Narathiwat, daftar di Songkhla
Pejabat Konsulat Malaysia



Surat Pengesahan Konsulat
Klik untuk gambar besar

Surat ini adalah pengiktirafan oleh Kerajaan, yang ditujukan kepada Pejabat Agama di Malaysia (untuk proses pendaftaran)


Senarai dokumen yang perlu dibawa bersama untuk memohon surat pengesahan konsulat
Sekiranya saksi-saksi ini berada di Thailand, tentulah susah untuk mendaftarkan perkahwinan! Dan sekiranya saksi dibawa kesana dari Malaysia, tentulah kos akan bertambah.
Sekiranya anda sedang merancang untuk kahwin di Thailand, pilih Songkhla supaya mudah untuk mendapatkan surat pengesahan ini, tanpa perlu mengeluarkan belanja tambahan kemudian nanti. Kalau ijab kabul dilakukan di Songkhla, segalanya menjadi mudah dan cepat - dan semua dokumen akan didapati pada hari yang sama. Tak perlu berbelanja tambahan pada hari yang lain. Tak perlu bayar kos penginapan di Thailand.

Jalan ke Konsulat Malaysia dari Bukit Kayu Hitam


Lihat Peta Besar

Melalui pakej nikah yang kami sediakan, surat pengesahan konsulat dan surat pengesahan Majlis Agama boleh diperolehi pada hari yang sama, kerana jarak antara Bukit Kayu Hitam (pintu masuk ke Thailand yang kami gunakan) tidak sampai dua jam perjalanan dari pejabat Konsulat dan Majlis Agama.

Majlis Agama Islam Wilayah Songkhla

Majlis Agama Islam Songkhla (MAIS) bertanggung jawab melantik dan mentauliah semua jurunikah di Wilayah itu. Pada masa ini, ada 30 naib kadi yang dilantik untuk menjadi jurunikah oleh MAIS dan mereka inilah yang boleh menikahkan rakyat Malaysia dalam Wilayah itu. Mereka ini menjalankan upacara ijab kabul dan kemudian mengeluarkan sijil kahwin. Majlis ini juga mengeluarkan surat pengesahan nikah yang ditujukan kepada satu-satunya Konsulat Malaysia bagi Selatan Thailand, di Songkhla.

Masjid Hat Yai
(Ibu Pejabat MAIS)

Waktu buka Pejabat MAIS
Untuk menangani masalah kahwin yang diuruskan oleh sindiket haram, ijab kabul bagi rakyat Malaysia sekarang hanya dibenarkan di pejabat Majlis Agama Islam yang bertempat di Hat Yai.
Gambar kesemua jurunikah ini tertera pada papan kenyataan pejabat Majlis di Hat Yai. Gambar-gambar jurunikah berikut diambil dari papan kenyataan itu:
     
MAIS juga mengeluarkan surat pengesahan kahwin di Thailand kepada pasangan-pasangan Malaysia yang kahwin di wilayah itu. Tujuan surat pengesahan ini ialah untuk membolehkan rakyat Malaysia memohon surat pengesahan pernikahan dari Konsulat Malaysia di sana.
Contoh surat yang dikeluarkan oleh MAIS adalah seperti di kanan. Perhatikan bahawa surat itu ditujukan kepada Konsulat Malaysia bagi Selatan Thailand, yang bertempat di Songkhla, supaya Konsulat dapat mengeluarkan surat pengesahan yang ditujukan kepada Pejabat Agama di Malaysia.
Klik untuk imej yang lebih besar.

Senarai Dokumen Sokongan Permohonan Pendaftaran Nikah Siam

Setiap Negeri mempunyai syarat-syarat sendiri untuk pendaftaran kahwin di Thailand atau dimana-mana negara luar.
Sebagai contoh, berikut adalah dokumen-dokumen yang perlu diserahkan sebagai sokongan untuk permohonan pendaftaran perkahwinan di Selangor, bagi perkahwinan yang berlangsung diluar Malaysia, termasuk untuk daftar nikah sindiket yang sah.
  • Surat kebenaran berkahwin/berpoligami (jika ada)
  • Kad pengenalan
  • Pasport
  • Surat Nikah
  • Terjemaham Surat Nikah (jika yang asal bukan dalam BM)
  • Daftar Pemeriksaan Nikah (Bagi yang nikah di Indonesia)
  • Surat/Dokumen Pengesahan Nikah dari Konsul Malaysia di negara berlakunya pernikahan
  • Surat nikah suami dengan isteri yang terdahulu (jika berkenaan)
  • Surat nikah isteri dengan suami yang terdahulu (jika berkenaan)
  • Surat/dokumen kematian suami/isteri yang terdahulu (jika berkenaan)
  • Surat/dokumen kematian bapa kandung isteri (jika berkenaan)
  • Surat/dokumen perceraian dengan bekas suami/isteri yang terdahulu (jika berkenaan)
  • Surat/dokumen nikah ibu/bapa isteri (jika isteri anak sulong/wali adalah abang lelaki sulong)
  • Surat/dokumen wakalah wali (sekiranya pernikahan dijalankan oleh wakil wali)
  • Bahan sokongan yang lain, jika ada (contoh: gambar, pita rakaman akad nikah, dll)
  • Surat/dokumen kelahiran anak-anak (sekiranya pasangan berpoligami)
  • Hasil ujian HIV oleh klinik kerajaan, yang asal dan salinan (bagi pasangan)
  • Sijil kursus pra-perkahwinan oleh kerajaan

Izin Pejabat Agama

Izin Pejabat Agama

Sebaik-baiknya, pasangan yang ingin kahwin di Thailand atas apa-apa sebab (termasuk tak mendapat izin wali atau tanpa kebenaran poligami dari isteri) hendaklah terlebih dahulu mendapatkan surat kebenaran untuk nikah di luar negara dari Pejabat Agama di negeri masing-masing. Ini akan melibatkan beberapa langkah, seperti menghadiri kursus pra-perkahwinan, mendapatkan surat kebenaran poligami (jika ingin berpoligami tapi tak mendapat izin isteri), mengemukakan surat akuan status diri (dara, janda atau balu) dan sebagainya.
Sekiranya berkahwin di Siam setelah mendapat surat kebenaran nikah di luar negara, proses pendaftaran nikah Thailand di Malaysia akan menjadi lebih mudah setelah kembali dari Siam nanti.

Denda Nikah di Thailand

Sebaliknya, sekiranya berkahwin di Siam tanpa kebenaran Pejabat Agama, pasangan yang berkahwin itu boleh dikenakan denda dan dipenjara bagi kesalahan-kesalahan seperti
  • Berkahwin diluar kawasan tanpa kebenaran ( penjara tidak melebihi 6 bulan atau denda tidak melebihi RM1,000 atau kedua-duanya sekali)
  • Poligami tanpa kebenaran ( penjara tidak melebihi 6 bulan atau denda tidak melebihi RM1,000 atau kedua-duanya sekali)
  • Mendaftarkan nikah selepas 6 bulan ( penjara tidak melebihi 6 bulan atau denda tidak melebihi RM1,000 atau kedua-duanya sekali)

Mendaftarkan Nikah Siam

Pendaftaran nikah Siam (atau lain-lain negara) hanya boleh dibuat setelah mendapat pengesahan dari Mahkamah Syariah. Selagi Mahkamah Syariah tidak memberi pengesahan, pernikahan itu tak boleh didaftarkan di Malaysia dan pasangan itu tidak diiktiraf oleh undang-undang syariah Malaysia sebagai pasangan yang telah berkahwin. Kesannya agak berat. Contohnya, anak yang lahir melalui perkahwinan ini akan menghadapi kesukaran untuk didaftarkan dengan JPN dan susah untuk mendapatkan surat beranak. Selain itu, apa-apa masalah dalam perkahwinan ini tak boleh dibawa ke Pejabat Agama atau Mahkamah Syariah.
Pendaftaran nikah di Malaysia nanti akan memerlukan dokumen yang cukup untuk meyakinkan hakim bahawa pernikahan di Siam itu adalah sah. Surat nikah, surat dari Majlis Agama Songkhla dan surat pengesahan dari Konsulat Malaysia di Songkhla adalah diantara dokumen penting untuk membuktikan bahawa pernikahan itu adalah sah.

Daftar Nikah Asing - Proses dan Dokumen

Pengenalan dari kami

Terdapat ramai individu yang menawarkan khidmat nikah Thailand, terutamanya melalui Majlis Agama Islam Songkhla, Majlis Agama Islam Yala dan Majlis Agama Islam Narathiwat.
Ada pula sindiket palsu yang tidak menggunakan khidmat jurunikah bertauliah di Siam, ada yang terlalu mahal dan ada yang sah tapi khidmat yang diberikan tak lengkap sehingga dapat surat pengesahan dari Konsulat Malaysia.
Cuma sedikit laman web tentang pakej perkahwinan di Selatan Thailand yang menawarkan khidmat lengkap dan termudah bagi pasangan dari Malaysia. Maka kami bina laman web ini untuk membantu pasangan dari Malaysia untuk mendapatkan khidmat yang terbaik.
Cara yang terbaik untuk kahwin di sempadan Siam ialah melalui Majlis Agama Islam Songkhla kerana Konsulat Malaysia bagi Selatan Thailand terletak di Songkhla. Dan pakej yang ditawarkan perlulah lengkap sehingga dapat surat pengesahan dari Konsulat Malaysia yang ditujukan kepada Pejabat Agama Islam di Malaysia, supaya anda tidak bermasalah untuk mendaftarkan perkahwinan anda setelah pulang ke Malaysia nanti.
Sekiranya anda merancang untuk kahwin di Selatan Siam, pastikan perkhidmatan yang anda pilih mengandungi elemen-elemen berikut:
  1. Pernikahan oleh jurunikah bertauliah di Sempadan Siam
  2. Pengeluaran 2 helai sijil nikah pada masa yang sama
  3. Singgah di Majlis Agama Islam Wilayah berkenaan untuk mendapatkan pengesahan bahawa pernikahan itu sah, bukan sindiket
  4. Singgah di Konsulat Malaysia di Songkhla untuk mendapatkan surat pengesaan nikah dari mereka. Konsulat Malaysia adalah sebahagian dari Kerajaan Malaysia. Oleh itu, surat sah nikah dari Konsulat adalah surat dari Kerajaan Malaysia yang menerima pernikahan itu sebagai sah. Tidak akan timbul isu dalam pendaftaran di Malaysia nanti.
Dalam pada itu, pastikan juga bahawa tak ada kos tersembunyi dalam pakej yang ditawarkan. Diantara elemen kos bagi pernikahan di Sempadan Siam ialah
  1. Kos perjalanan pergi balik dari Malaysia ke Siam (kenderaan, minyak, pemandu, dll)
  2. Bayaran kepada jurunikah, saksi, pengeluaran surat nikah dan lain-lain berkaitan akad nikah
  3. Bayaran kepada Majlis Agama untuk pengeluaran surat pengesahan yang ditujukan kepada Konsulat Malaysia
  4. Kos perjalanan ke Konsulat Malaysia dan bayaran kepada Konsulat Malaysia untuk pengeluaran surat pengesahan yang ditujukan kepada Pejabat Agama di Malaysia
Maskawin adalah berasingan. Terpulang kepada pasangan untuk menetapkannya.
Sekiranya mana-mana elemen diatas tidak ditawarkan, maka kos tambahan akan diperlukan kemudian nanti. Contohnya, kalau harga pakej tidak termasuk mendapatkan surat pengesahan dari Konsulat, maka perjalanan lain ke Songkhla akan diperlukan kemudian nanti untuk mendapatkan surat itu.
Dan melalui laman web ini, kami tawarkan khidmat nikah Siam untuk membantu anda berkahwin di Songkhla dan seterusnya mendapatkan semua sijil dan surat pengesahan dalam masa sehari, dengan harga yang cukup menarik.
Pilih khidmat kami supaya tidak timbul soal sindiket atau kahwin palsu kerana anda sendiri akan kami bawa ke Majlis Agama Islam di Hat Yai dan Konsulat Malaysia di Songkhla untuk mendapatkan dokumen-dokumen pengesahan.
Pilih khidmat nikah di Songkhla yang kami tawarkan kerana tidak seperti Yala dan Narathiwat yang jauh dari Konsulat Malaysia, surat pengesahan konsulat boleh didapati pada hari ijab kabul
Dan pilih kami untuk nikah di sempadan kerana Songkhla lebih selamat

Songkla Paling Selamat

Sejak beberapa tahun kebelakangan ini, beberapa rusuhan telah tercetus di Selatan Siam dan sering kita dengar laporan bom meletup disana sini. Diantara wilayah Siam yang bersempadan dengan malaysia, Yala paling merbahaya. Di Betong pun dah beberapa kali berlaku serangan bom.
Pada 6 April 2010, sebutir bom meletup di Yala, mengakibatkan cedera parah kepada 4 orang askar dan cedera ringan kepada 3 orang askar. Akbar Bangkok Post melaporkan:
Seven members of an army engineers unit were wounded by a roadside bomb blast in Yala's Than To district on Monday afternoon, and four were in critical condition, police said.
The bomb went off at the kilometre 74 marker on the Yala-Betong road at Moo 5 Tambon Maeward of Than To district.
Nota: Bom ini meletup di Than To, hanya 31km dari Betong (lihat peta diatas). Maklumat ini harus dipertimbangkan oleh pasangan yang bercadang untuk kahwin di Yala.
Sebelum ini, pada 13hb Mac 2010, satu letupan akibat rusuhan di Yala telah membunuh seorang pemerintah polis:

YALA, Thailand:

A senior police commander was killed on Friday when militants in Thailand's troubled south ambushed his pick-up truck with a roadside bomb and gunfire, police said.
A six-year separatist insurgency in Thailand's restive Muslim-majority southern provinces bordering Malaysia has left more than 4,000 people dead and thousands more wounded.
Bangkok Post melaporkan pada 3 Mac 2010:
Soldiers wounded by Narathiwat bomb

A roadside bomb explosion in Narathiwat Cho-Irong district left five soldiers with minor injuries on Wednesday morning, Pol Col Pokpong Thorkaew of Cho-Irong police station said.
Reuters melaporkan dalam tahun 2009:
A bomb in a pick-up truck exploded in Thailand's southern Yala province on Friday, September 4, 2009 killing a policeman and wounding 10 villagers, police said, the latest deadly blast in a region plagued by insurgent violence. The bomb, hidden in a truck parked near an intersection, exploded as a police officer drove past in his car, a police spokesman said. "His body was trapped and burned," he said. (REUTERS/Surapan Boonthanom)
Laporan berikut dipetik dari laman web Amerika Syarikat yang memberi amaran kepada rakyatnya tentang rusuhan di selatan Siam:
On March 15, 2008, two bombs exploded at the CS Pattani Hotel in Pattani Province in southern Thailand. Two people died and thirteen were injured. A car bomb exploded in Yala Province on the same day, killing the driver.
Dalam pada itu, Songkhla merupakan wilayah di Selatan Siam yang paling selamat dan tidak ada serangan pemisah di Songkhla sejak pertengahan tahun 2007. Mulai tahun 2007, kerajaan Thai telah mengenakan perintah berkurung di kawasan Timur Songkhla yang bersempadan dengan kawasan rusuhan. Langkah ini telah berjaya menghalang puak pemisah dari memasuki Songkhla dan melakukan kekacauan.
Sebenarnya, puak pemisah cuma bergerak dalam 3 wilayah yang majoriti penduduknya adalah orang Melayu beragama Islam. Wilayah-wilayah ini adalah Pattani (88% Islam), Narathiwat (82% Islam) dan Yala (69% Islam). Lebih 3,700 orang telah mati dalam pergolakan di 3 wilayah selatan Siam ini sejak tahun 2004.
Songkhla, yang majoriti penduduknya adalah orang Siam beragama Buddha (cuma 25% Islam), tidak terlibat dengan kegiatan rusuhan pemisah di Selatan Siam. Maka itulah sebabnya Songkhla adalah wilayah paling selamat di Selatan Siam.
Fikirkan keselamatan. Sekiranya ingin kahwin di Thailand, pilih untuk nikah di Songkhla, bukan berhampiran kawasan yang kurang selamat.

Wali Hakim - Wali Enggan Tanpa Alasan Syarak.


Wali Hakim - Wali Enggan Tanpa Alasan Syarak
(Dipetik dari JAKIM - Wali Enggan dan Wali Hakim)

Para Fuqaha sependapat bahawa wali tidak boleh enggan untuk menikahkan perempuan yang dalam kewaliannya, tidak boleh menyakitinya atau melarangnya berkahwin walhal pilihan perempuan itu memenuhi kehendak syarak.
Diriwayatkan dari Ma'qil bin Yasar, ia berkata: "Saya mempunyai saudara perempuan . Ia dipinang oleh seorang pemuda yang mempunyai pertalian darah dengan saya. Saya kahwinkan perempuan itu dengan pemuda tersebut, kemudian diceraikan dengan talak yang boleh dirujuk. Perempuan itu ditinggalkan sampai habis eddahnya. Tidak berapa lama kemudian, pemuda itu datang lagi untuk meminang, maka saya jawab:"Demi Allah, saya tidak akan mengahwinkan engkau dengan dia selama-lamanya". Peristiwa ini disampaikan kepada Nabi saw. Berhubung dengan peristiwa ini, Allah swt menurunkan ayat Al-Quran :
"Apabila kamu mentalak isteri-isterimu, lalu habis masa eddahnya, maka janganlah kamu menghalangi mereka kahwin dengan bakal suaminya". (Al-Baqarah : 232)
Kemudian Ma'qil berkata: "Kemudian saya membayar kifarah sumpah dan perempuan itu saya kahwinkan dengan lelaki berkenaan". (Riwayat Al-Bukhari dan Abu Daud)
Dalam sebuah hadith yang lain dinyatakan:
"Ada tiga perkara yang tidak boleh ditanggungkan iaitu: solat bila telah datang waktunya, jenazah bila telah terlantar dan wanita janda yang telah bertemu jodohnya". (Riwayat At-Tirmizi dan Hakim)
Oleh yang demikian, perbuatan wali enggan menikahkan atau menghalang wanita nikah tanpa ada alasan syarak adalah dilarang dan dianggap satu tindakan yang zalim kepada wanita itu.
Menurut Jumhur Fuqaha (Syafi'e, Maliki dan Hambali) apabila wali aqrab enggan menikahkan pengantin perempuan, maka wali hakim lah yang menikahkannya. Rasulullah saw bersabda: "Kalau wali-wali itu enggan maka Sultan atau hakim menjadi wali bagi perempuan yang tidak mempunyai wali". (Riwayat Abu Daud dan At-Tirmizi)
Dalam kes Azizah bte Mat lawan Mat bin Salleh (1976, Jld. II, I JH) mengenai wali enggan di Mahkamah Kadhi Perlis, Yang Arif Kadhi Mahmood bin Lebai Man (pada masa itu) memutuskan, perempuan itu berhak mendapat wali hakim untuk dia berkahwin dengan Mansor bin Isa dengan mas kahwin dan belanja yang tidak ditetapkan.
Fakta kes itu adalah seperti berikut: Seorang perempuan telah menuntut di Mahkamah Kadhi supaya ia dikahwinkan dengan Mansor bin Isa secara wali hakim kerana bapanya enggan mewalikannya dalam perkahwinan itu dengan mas kahwin sebanyak RM80.00 dan hantaran RM202.00 tunai.
Pihak bakal suami telah mencuba beberapa kali untuk meminang perempuan tetapi dihalang oleh bapa dengan alasan "Tunggulah dulu sehingga anak perempuannya mendapat pekerjaan". Bakal suami itu bekerja sebagai Pembantu Audit.
Kadhi ketika memutuskan kes itu menyatakan :
Berdasarkan kepada hukum syarak, apabila seseorang itu tidak mahu mewalikan nikah anaknya kerana enggan atau berselisihfaham, maka bolehlah dinikahkan perempuan itu oleh wali hakim dengan alasan:
Pertama: Daripada Aisyah r.a. Nabi saw bersabda:
"Jika mereka berselisih , maka Sultan atau Rajalah wali bagi orang yang tidak ada wali". (Riwayat Abu Daud, Ahmad dan At-Tirmizi)
Kedua: Rasulullah saw bersabda:
"Kalau datang kepadamu lelaki beragama dan berakhlak baik, maka nikahkanlah ia. Jika kamu tidak melakukannya nescaya akan terjadi fitnah dan kerosakan yang besar". (Riwayat At-Tirmizi)
tak ramai bapa yang sanggup menerima hakikat bahawa anak mereka sendiri sanggup menyeret mereka ke mahkamah. Sudah tentu kebanyakan bapa akan merasa teramat marah kepada anaknya, dan ini memungkinkan hubungan anak dan ayah menjadi terputus.Menurut undang-undang Malaysia, kes wali enggan perlu dibawa ke mahkamah syariah untuk penyelesaian. ini adalah jalan penyelesaian yang baik jika ia tidak mengakibatkan hubungan anak dan ayah (dan mungkin juga ahli-ahli keluarga yang lain) menjadi kucar-kacir atau terus terputus.
Pada pandangan kami, menyeret bapa ke mahkamah disebabkan kes wali enggan, biarlah dielakkan seboleh-bolehnya, supaya anak tak dikatakan anak derhaka.
Carilah jalan penyelesaian yang lain. Contohnya, dapatkan bantuan saudara terdekat, seperti emak saudara atau bapa saudara, untuk berbincang dengan bapa.

Hukum nikah di luar negara



Hukum nikah di luar negara, termasuk kahwin di Thailand adalah sah dengan syarat :
  1. Pernikahan itu mengikut rukun nikah
  2. Pernikahan itu melebihi dua marhalah
  3. Tiada keputusan mahkamah yang menghalang perempuan itu berkahwin atas alasan syarak ditempat dia bermastautin.
  4. Pernikahan itu dilakukan oleh wali hakim yang diiktiraf oleh wilayah negara berkenaan dan diakad nikahkan di wilayah berkenaan di mana ia ditauliahkan sebagai wali hakim.
Oleh : Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia Kali Ke-52
Tarikh Keputusan : 1 Julai 2002
Tarikh Muzakarah : 1 Julai 2002 hingga 1 Julai 2002
Sumber : Jabatan Kemajuan Islam Malaysia

Hukum Kahwin Lari Meninggalkan Wali Lebih Dua Marhalah

Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia Kali Ke-52 yang bersidang pada 1 Jul 2002 telah membincangkan Perkahwinan Lari Meninggalkan Wali Lebih Dua Marhalah Mengikut Mazhab Al-Syafie. Muzakarah telah memutuskan bahawa perkahwinan yang dilakukan oleh jurunikah yang diiktiraf oleh pihak berkuasa bagi pasangan yang berjauhan dari wali lebih dari dua marhalah adalah sah menurut mazhab Al-Syafie.

Hukum Mengahwini Perempuan Yang Sedang Mengandung Anak Luar Nikah

Persidangan Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia Kali Ke-3 yang bersidang pada 21-22 Jan 1971 telah membincangkan Mengahwini Perempuan Yang Sedang Mengandung Anak Luar Nikah. Persidangan telah memutuskan bahawa perempuan yang sedang mengandung anak luar nikah harus dinikahkan tetapi anaknya tidak boleh dinasabkan kepada lelaki itu, tidak dapat pesaka daripadanya, tidak menjadi mahram kepadanya dan lelaki itu tidak boleh menjadi walinya.

Kahwin Lari, Akad Nikah Thailand


Kahwin Lari, Akad Nikah Thailand

Kahwin lari dan prosedur nikah di Thailand harus mengambil kira keperluan untuk mendaftarkan perkahwinan itu bila kembali ke Malaysia selepas nikah Thailand.
Oleh itu, nikah Siam bukan setakat akad nikah di Thailand dan pengeluaran sijil, tetapi juga melibatkan pengesahan sijil oleh Majlis Agama Islam di Wilayah berkenaan, dan seterusnya mendapat surat pengesahan dari Konsulat Malaysia bagi Selatan Thai. Surat pengesahan perkahwinan dari Konsulat di Selatan Thai ini perlu diserahkan kepada Majlis Agama di Malaysia untuk pendaftaran perkahwinan nanti.
pasangan sedang melangsungkan pernikahan di MAIS

Jambatan 2.6km di Songkhla
Ada cuma satu Konsulat Malaysia di Selatan Thai, dan konsulat ini terletak di Songkhla. Konsulat inilah yang perlu mengesahkan sijil perkahwinan dari seluruh Selatan Thai bagi rakyat Malaysia yang kawin lari dan nikah Siam.
Jadi, mengapa kawin di Narathiwat atau Yala yang jauh dari Konsulat Malaysia yang satu ini?
Tempat terbaik untuk akad nikah Siam ialah di Songkhla dimana semua sijil dan surat pengesahan dapat diterima dalam masa yang singkat. Tak perlu menunggu berhari-hari atau berminggu-minggu untuk surat pengesahan. Cuma perlu semalaman untuk surat Konsulat. Tak perlu bayar harga yang tinggi. Dan kami boleh uruskan semuanya.

Pantai Songkhla
Lagi pun, Songkhla paling selamat. Tak ada rusuhan.

Contoh Prosedur Nikah Thailand (bersama kami)

Contoh : Pasangan yang ingin kawin lari di Siam itu berasal dari Selangor.
Pasangan ini boleh mengambil penerbangan Air Asia ke Alor Setar untuk sampai kesana dalam pukul 8:15 pagi.
Dari Alor Setar, pasangan ini akan dibawa untuk kahwin Thailand melalui Bukit Kayu Hitam untuk pergi ke pejabat Majlis Agama Islam Songkhla di Hat Yai. Perjalanan ini mengambil masa lebih kurang satu jam.
Pernikahan mengambil masa lebih kurang setengah jam. Selesai akad, sijil dikeluarkan. Kemudian Majlis Agama Islam Songkhla mengeluarkan surat pengesahan yang ditujukan kepada Konsulat Malaysia di Songkhla. Waktu menunggu di Majlis Agama Songkhla lebih kurang setengah jam.
Agen yang sahih akan membawa anda dan pasangan anda ke Majlis Agama Islam wilayah berkenaan dan mendapatkan surat pengesahan pada hari pernikahan, bukan seminggu kemudian. Sindiket palsu tidak akan membawa anda ke Majlis Agama Islam wilayah berkenaan dan akan mengeluarkan surat pengesahan palsu yang kononnya dari Majlis Agama Islam.

Sebagai langkah mencegah sindiket palsu, Majlis Agama Islam Wilayah Songkhla tidak lagi membenarkan rakyat Malaysia berkahwin dimana-mana tempat selain Pejabat Majlis Agama Islam di Hat Yai.
Setelah mendapat pengesahan dari majlis Agama di Songkhla, pasangan ini dibawa pula ke Konsulat Malaysia di bandar Songkhla untuk mendapatkan pengesahan dari Konsulat Malaysia pula. Perjalanan dari Majlis Agama Songkhla mengambil masa setengah jam. Konsulat akan mengeluarkan surat pengesahan pada hari esoknya
Surat pengesahan Konsulat Malaysia hanya boleh didapati di Songkhla, tidak di Yala atau Narathiwat. Surat ini mesti diserahkan bersama permohonan pendaftaran di Malaysia nanti
Segala prosedur nikah Thailand diatas boleh selesai sebelum tengah hari. Ada masanya, proses ini lewat sedikit, tapi masih boleh siap disebelah petang hari yang sama. Selepas itu, pasangan ini bebas untuk kembali ke Malaysia, atau bersiar-siar di bandar Songkhla atau Hat Yai atau lain-lain tempat (jika masa mengizinkan).
Kalau ingin pulang menaiki kapal terbang dari Alor Setar, elok ambil penerbangan MAS yang terakhir.
Keseluruhan proses, sehingga mendapat pengesahan dari Konsulat Malaysia di Selatan Thai, dilakukan pada hari yang sama!