Popular Posts
-
Surat Daripada Konsulat Mengenai Pengesahan Nikah
-
Surat Majlis Agama Songkhla kepada Konsulat Malaysia
-
Majlis Agama Islam Songkhla (MAIS) bertanggung jawab melantik dan mentauliah semua jurunikah di Wilayah itu. Pada masa ini, ada 30 naib ...
-
Surat Pengesahan Konsulat Malaysia Setelah nikah di Yala dan mendapat pengesahan dari Majlis Agama Islam Yala, atau setelah kahwin di Nara...
-
Agen Kahwin di Thailand Kami membawa pasangan untuk berkahwin secara sah di pejabat Majlis Agama Islam Songkhla. Pernikahan ini adalah sah...
Friday, April 22, 2011
Thursday, April 21, 2011
Mengapa pilih kami?
Agen Kahwin di ThailandKami membawa pasangan untuk berkahwin secara sah di pejabat Majlis Agama Islam Songkhla. Pernikahan ini adalah sah mengikut hukum syarak dan diiktiraf oleh Kerajaan Malaysia. Kami menyediakan pengangkutan pergi-balik bermula dari Bukit Kayu Hitam di Kedah. Perjalanan dari tempat tinggal ke Bukit Kayu Hitam tidak termasuk dalam khidmat kami. Dari Bukit Kayu Hitam, pasangan akan dibawa terus ke pejabat Majlis Agama Islam Songkhla (MAIS), yang terletak dalam masjid di Jalan Klonghae, Hat Yai. Berikut ialah contoh jadual perjalanan:
|
Khidmat selepas Pernikahan
Kami bukan agen nikah yang "lepas tangan" setelah selesai pernikahan kat Thailand. Selain membawa pasangan untuk berkahwin di Thailand, kami juga memberi bantuan dalam bentuk khidmat nasihat untuk memudahkan proses pendaftaran pernikahan setelah kembali ke Malaysia nanti. Setakat ini, belum ada satu pun pasangan yang kami bantu yang menghadapi masalah dalam proses pendaftaran nikah di Malaysia. Khidmat nasihat yang kami berikan begitu rapi sehingga belum ada satu kes pun dimana agen atau saksi diminta hadir oleh hakim untuk memberi keterangan di mahkamah syariah. Semua perbicaraan berjalan dengan cukup lancar!
Dokumen Perjalanan dan Persediaan sebelum ke Thailand
- Rakyat Malaysia yang mempunyai kad pengenalan dengan alamat di Perlis, Perak, Kedah atau Kelantan boleh memasuki Thailand menggunakan Pas Sempadan
- Rakyat Malaysia yang mempunyai kad pengenalan dengan alamat selain empat negeri diatas perlu membawa pasport dengan tempoh sah tidak kurang 6 bulan dari tarikh perjalanan ke Thailand
- Dokumen perjalanan diatas diperlukan untuk melepasi imigresen Siam dan juga sebagai bukti kepada Konsulat Malaysia dan Mahkamah Syariah bahawa pasangan benar-benar berada di Siam pada hari pernikahan itu
- Bawa bersama kad pengenalan
- Janda hendaklah membawa surat cerai atau surat kematian suami
Mengapa Pilih Khidmat Kami
- Perkhidmatan yang lengkap (bukan setakat surat nikah, tapi juga surat pengesahan nikah dari Majlis Agama dan Konsulat Malaysia, semuanya pada hari yang sama)
- Harga yang rendah berbanding agen nikah di Yala, Narathiwat atau Pattani untuk perkhidmatan yang lengkap sehingga mendapat surat pengesahan Konsulat Malaysia
- Tarikh nikah ditetapkan oleh pasangan sendiri. Notis setengah hari pun sudah cukup
- Kami memberikan khidmat nasihat yang berkesan untuk tujuan pendaftaran nikah di Malaysia
- Kami menyediakan makan tengah hari secara percuma kepada pasangan di restoran Islam yang berkualiti di pantai Songkhla
- Kami dapat dihubungi dengan mudah dan murah di Malaysia sepanjang masa - tak perlu membuat panggilan kos tinggi ke nombor telefon Thailand pada waktu siang atau malam
Kahwin Lagi - Isteri Kedua
Kahwin Lagi - Isteri Kedua
ramai pasangan yang pergi ke Siam kalau nak kahwin lagi. Proses untuk berkahwin dengan isteri kedua di Malaysia mengambil masa yang agak lama, walau pun setelah mendapat izin isteri pertama. Maka itulah sebabnya ramai pasangan yang memilih untuk kahwin lagi di Thailand, walau pun perbuatan ini menyalahi undang-undang. Ada kalanya, perbuatan kahwin lagi di Thailand ini disebabkan terpaksa, untuk menutup malu keluarga. Ini berlaku bila seorang suami telah terlanjur dengan seorang perempuan lain, menyebabkan perempuan itu berbadan dua. |
Tetapi, proses poligami di Malaysia tidak memungkinkan perkahwinan segera bagi pasangan begini. Proses mahkamah perlu dilalui dahulu sebelum izin didapati untuk kahwin lagi dan perempuan itu boleh diambil sebagai isteri kedua. Walau pasangan yang sedia ada merngizinkan pun, proses mahkamah yang mengambil masa lama masih perlu dilalui.
Nikah Thailand amat Mudah
Proses nikah di Thailand sangat mudah. Bagi kebanyakan pasangan, yang perlu dibawa cuma kad pengenalan dan pasport (atau Pas Sempadan bagi mereka yang tinggal di negeri-negeri bersempadan dengan Siam: Kedah, Perlis, Perak dan Kelantan).
Majlis Agama Islam di Siam tidak memerlukan surat kebenaran, sijil kursus pra-perkahwinan, sijil ujuan HIV dan sebagainya.Berhati-hati!
Dalam pada itu, jurunikah di sana tak dapat menentukan status sebenar pasangan yang datang untuk berkahwin. Tiada cara bagi mereka menentukan sama ada seorang lelaki itu belum beristeri atau sudah pun mempunyai empat orang teman hidup. Tiada cara juga bagi mereka menentukan sama ada seorang perempuan itu belum pernah berkahwin, atau sudah bercerai, atau masih dalam eddah atau belum bercerai.Ini bermakna bahawa sesiapa yang ingin berkahwin di Siam perlu betul-betul tahu latar belakang dan status pasangan mereka supaya tak tertipu atau berhadapan dengan masalah dimasa depan nanti.
Berhati-hati sebelum meneruskan hasrat untuk berkahwin di Siam!
Prosedur Pernikahan di Siam
Prosedur pernikahan di luar negara yang memenuhi undang-undang Malaysia adalah seperti berikut:- Pergi ke Pejabat agama dan mohon kebenaran untuk melangsungkan pernikahan di luar negara, dengan memberikan sebab-sebab mengapa ingin berbuat demikian.
- Sekiranya melibatkan poligami, mohon kebenaran untuk poligami
- Setelah mendapat surat kebenaran untuk melangsungkan perkahwinan di luar negara dan kebenaran untuk kahwin lagi (dengan isteri kedua - jika berkenaan) barulah pergi ke negara jiran.
- Bagi kebanyakan kes, cukup untuk kesana dengan hanya membawa pasport dan kad pengenalan.
- Proses nikah Thailand sama seperti di Malaysia. Tapi bawa bersama videocam supaya kami dapat merakamkan upacara akad, untuk dijadikan bahan bukti bila mendaftar di Malaysia nanti.
Hubungi Kami
Berikut diantara SMS yang dikirim oleh pelanggan kami setelah kahwin di Thailand (Nama dirahsiakan)
Salam. Terima kasih. Alhamdulillah semua dah selesai
Aslkum. Saya mgucapkn bnyk2 trima ksh d atas pertolongan encik....
Salam. Saya nak ucapkan terima kasih atas perkhidmatan yang baik untuk bernikah di Hat Yai. Semuanya telah berjalan lancar. Syukur alhamdulillah
Terima kasih, bang. Semuanya berjalan lancar sangat. Kalau ada org lain nak pegi, saya akan rekomen abang.
Everything went very quickly and smoothly. There was no problem at all!
Jika anda inginkan maklumat yang lebih lanjut sila hubungi:
En. Farid : 017- 8469408
Salam. Terima kasih. Alhamdulillah semua dah selesai
Aslkum. Saya mgucapkn bnyk2 trima ksh d atas pertolongan encik....
Salam. Saya nak ucapkan terima kasih atas perkhidmatan yang baik untuk bernikah di Hat Yai. Semuanya telah berjalan lancar. Syukur alhamdulillah
Terima kasih, bang. Semuanya berjalan lancar sangat. Kalau ada org lain nak pegi, saya akan rekomen abang.
Everything went very quickly and smoothly. There was no problem at all!
Jika anda inginkan maklumat yang lebih lanjut sila hubungi:
En. Farid : 017- 8469408
Soalan Lazim
Hukum Kahwin di Thailand | Sah, menurut Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia Kali Ke-52 yang bersidang pada 1 Jul 2002. Lihat disini |
Kalau wali tak izinkan? | Wali tidak boleh enggan untuk menikahkan perempuan yang dalam kewaliannya jika pilihan perempuan itu memenuhi kehendak syarak. Kalau wali enggan sedangkan pilihan perempuan itu memenuhi kehendak syarak, maka wali hakim boleh menikahkan. Lihat ulasan JAKIM |
Tempat Nikah | Pejabat Majlis Agama Islam Wilayah Songkhla (MAIS) di Hat Yai. Rakyat asing yang ingin nikah di Songkhla tidak dibenarkan nikah ditempat lain |
Adakah ini sindiket palsu | Ini bukan sindiket palsu. Pernikahan berlangsung di Pejabat Majlis Agama Islam Songkhla sendiri oleh jurunikah bertauliah. Rakyat Songkhla beragama Islam pun dinikahkan oleh jurunikah yang sama.Selain surat nikah, pasangan akan menerima surat pengesahan nikah dari MAIS dan akan dibawa ke Konsulat Malaysia untuk mendapatkan surat pengesahan dari Konsulat. Pengesahan dari Konsulat Malaysia adalah pengesahan dari wakil Kerajaan Malaysia di Siam. Sindiket palsu tidak akan membawa anda ke Majlis Agama dan tidak akan menghantar anda ke Konsulat Malaysia untuk mendapatkan surat pengesahan. |
Bila boleh pergi? | Bila-bila pun boleh. Bagi kami notis dalam sehari pun dah cukup. Tapi, Konsulat Malaysia tutup pada hari Sabtu dan Ahad, dan pada hari Cuti Am. Lihat Senarai Cuti Am Thailand 2011 |
Masa yang diperlukan | Segala urusan, termasuk mendapatkan surat dari Konsulat Malaysia, selesai dalam masa beberapa jam sahaja. |
Dokumen yang perlu dibawa | Kad pengenalan dan pasport. Penduduk sempadan (Perlis, Kedah, Perak dan Kelantan) boleh menggunakan pas sempadan kalau tak ada pasport. Untuk senarai dokumen lain, Lihat disini |
Harga untuk khidmat ini | RM1,X00 sepasang untuk hari bekerja (Isnin - Jumaat). Ada caj tambahan kalau pergi hujung minggu atau cuti am, untuk mendapatkan surat dari Konsulat Malaysia pada hari bekerja berikutnya. |
Kahwin Lari | Kisah Benar Punca Kahwin Di Siam
Secara amnya, masyarakat memandang serong terhadap pasangan yang kahwin lari. Memang benar, banyak yang negatif tentang perbuatan ini. Tapi, ada kalanya, ia dapat menyelesaikan masalah, terutamanya dalam kes wali enggan
Bila ayah enggan membenarkan anaknya nikah dengan lelaki pilihannya, anaknya berhak membawa perkara tersebut ke mahkamah. Tetapi, apabila anak membawa perkara seperti ini ke mahkamah, maka hubungan ayah dan anak akan menjadi teramat buruk, mungkin sehingga tak dapat diperbaiki lagi.
Membawa kes begini ke mahkamah bukan penyelesaian yang baik.
Ada pendapat yang mengatakan bahawa nikah di Siam, dalam kes wali enggan, tidak adil kerana menghapuskan hak wali. Orang yang memberikan pendapat begini tidak pulak memikirkan perasaan dan keinginan anak yang terhalang. Anak yang akan menanggung, bukan ayah.
Namum begitu, diakui bahawa ada kalanya larangan ayah memang berasas. Tapi tidak sentiasa begitu.
Kisah Pasangan Terlanjur
Razali dah berkahwin. Mereka ada seorang anak. Tapi Razali telah terlanjur dengan Roslah dan ingin bertanggungjawab keatas perbuatannya itu. Tapi, hajatnya untuk memperisterikan Roslah dihalang oleh isterinya, ibunya dan bapanya. Rupanya ada juga ibu bapa yang menggalakkan anak supaya tak bertanggungjawab.
Kisah Sepasang Pelajar
Pasangan Azlan dan Fiza masih belajar di universiti. Mereka ingin mendirikan rumahtangga tapi dihalang oleh ayah Fiza, atas alasan mereka masih belajar. Lalu mereka nikah di Siam dengan niat untuk nikah sekali lagi di Malaysia apabila tamat belajar nanti.
Wali Enggan : Nikah di Siam kerana tak dapat izin wali
Pasangan Roslan dan Rosmah telah menjalin cinta selama 8 tahun, tapi masih tak mendapat izin ayah Rosmah untuk mereka mendirikan rumahtangga. Akhirnya mereka memilih untuk nikah di Siam.
Ayah menolak pilihan anak yang berpendapatan rendah
Fikri bertugas sebagai supervisor dalam syarikat binaan. Ita, kekasihnya, bekerja sebagai admin assistant dengan kelulusan SPM. Tapi ayah Ita mengharapkan Ita akan mendirikan rumahtangga dengan seorang yang berjawatan profesional seperti peguam, akauntan, jurutera dan sebagainya. Akhirnya mereka kahwin lari ke Siam
Panduan Nikah Thailand
Nikah Thailand. Kahwin Thailand.
Berikut adalah dokumen-dokumen yang perlu dibawa untuk kahwin Thailand, untuk memudahkan pendaftaran nikah di luar negara bila kembali ke Malaysia nanti:- Pasport yang sah.
Pasport akan diperlukan oleh Konsulat Malaysia di Songkhla. Selain itu, tanda masuk dan keluar dari Siam dalam pasport boleh digunakan sebagai bukti bahawa anda benar-benar berada di Siam pada hari pernikahan, jika disoal oleh hakim mahkamah syariah nanti (untuk pendaftaran perkahwinan di Malaysia). - Kad pengenalan
Kad pengenalan akan diperlukan oleh jurunikah dan Konsulat Malaysia. - Surat cerai
Jika berkenaan - Sijil mati
Bagi balu yang ingin kahwin semula - Surat izin wali
Jika ada
Jangan lupa membawa salinan pakaian dan sebagainya untuk pernikahan anda.
Pengiraan Kos
Untuk menilai kos sebenar kahwin Thailand melalui pakej-pakej yang berlainan, dapatkan maklumat samada kos pakej termasuk semua yang berikut. Jika tidak, dapatkan kos tambahan yang diperlukan untuk mendapat semua yang berikut:- Kos perjalanan pergi-balik dari Malaysia ke Siam
- Kos keseluruhan, termasuk bayaran kepada jurunikah, saksi dan mendapatkan dokumen berkaitan
- Kos untuk mendapatkan surat dari Majlis Agama Islam Wilayah berkenaan
- Adakah surat dari Majlis Agama berkenaan didapati pada hari yang sama atau perlu diambil dari tempat tertentu pada hari lain? Jika perlu diambil pada hari lain, berapa kos perjalanan pergi-balik dan lain-lain belanja untuk mendapatkannya?
- Adakah surat dari Konsulat Malaysia didapati pada hari yang sama atau perlu diambil dari tempat tertentu pada hari lain? Jika perlu diambil pada hari lain, berapa kos perjalanan pergi-balik dan lain-lain belanja untuk mendapatkannya?
Pemilihan Tarikh Nikah
Pilih untuk pergi ke Thailand pada hari bekerja biasa, bukan hujung minggu atau cuti am. Konsulat Malaysia akan tutup pada hujung minggu dan cuti am, dan ini akan menambah belanja dan melewatkan untuk mendapatkan surat pengesahan nikah dari Konsulat Malaysia di Songkhla. Surat ini diperlukan untuk pendaftaran nikah luar negeri di Malaysia nanti.Surat Pengesahan Konsulat Malaysia
Surat Pengesahan Konsulat MalaysiaSetelah nikah di Yala dan mendapat pengesahan dari Majlis Agama Islam Yala, atau setelah kahwin di Narathiwat dan mendapat surat pengesahan nikah dari Majlis Agama Islam Narathiwat, atau kahwin di Songkhla dan mendapatkan pengesahan kawin dari Majlis Agama Islam Songkhla, pasangan Malaysia yang nikah di Siam perlu mendapatkan surat pengesahan kahwin dari Konsulat Malaysia di Thailand. Surat ini adalah pengiktirafan Kerajaan Malaysia bahawa pernikahan itu adalah sah, dan ini akan memudahkan proses pendaftaran nikah di Malaysia nanti. Tidak ada konsulat Malaysia berasingan di Yala atau Narathiwat. Rakyat Malaysia yang kahwin di seluruh Selatan Thailand perlu mendapatkan surat pengesahan kawin dari Songkhla. Mereka yang ingin melangsungkan perkahwinan di luar Songkhla harus memikirkan bagaimana untuk mendapatkan surat ini nanti, dan berapa pula kos tambahan yang perlu dibayar untuk mendapatkannya. Surat pengesahan kawin dari Konsulat Malaysia ini perlu diserahkan kepada Majlis Agama Islam di Malaysia sebagai sebahagian dari dokumen untuk pendaftaran nikah di Malaysia, supaya kes akan berjalan lancar di mahkamah rendah syariah nanti. Sekiranya surat pengesahan ini tidak disertakan dalam permohonan pendaftaran kawin, ada kemungkinan mahkamah syariah akan meminta saksi untuk hadir di mahkamah. | Pejabat Konsulat Malaysia Surat Pengesahan Konsulat Klik untuk gambar besar Surat ini adalah pengiktirafan oleh Kerajaan, yang ditujukan kepada Pejabat Agama di Malaysia (untuk proses pendaftaran) Senarai dokumen yang perlu dibawa bersama untuk memohon surat pengesahan konsulat |
Sekiranya saksi-saksi ini berada di Thailand, tentulah susah untuk mendaftarkan perkahwinan! Dan sekiranya saksi dibawa kesana dari Malaysia, tentulah kos akan bertambah.
Sekiranya anda sedang merancang untuk kahwin di Thailand, pilih Songkhla supaya mudah untuk mendapatkan surat pengesahan ini, tanpa perlu mengeluarkan belanja tambahan kemudian nanti. Kalau ijab kabul dilakukan di Songkhla, segalanya menjadi mudah dan cepat - dan semua dokumen akan didapati pada hari yang sama. Tak perlu berbelanja tambahan pada hari yang lain. Tak perlu bayar kos penginapan di Thailand.
Jalan ke Konsulat Malaysia dari Bukit Kayu Hitam
Lihat Peta Besar
Melalui pakej nikah yang kami sediakan, surat pengesahan konsulat dan surat pengesahan Majlis Agama boleh diperolehi pada hari yang sama, kerana jarak antara Bukit Kayu Hitam (pintu masuk ke Thailand yang kami gunakan) tidak sampai dua jam perjalanan dari pejabat Konsulat dan Majlis Agama.
Majlis Agama Islam Wilayah Songkhla
Majlis Agama Islam Songkhla (MAIS) bertanggung jawab melantik dan mentauliah semua jurunikah di Wilayah itu. Pada masa ini, ada 30 naib kadi yang dilantik untuk menjadi jurunikah oleh MAIS dan mereka inilah yang boleh menikahkan rakyat Malaysia dalam Wilayah itu. Mereka ini menjalankan upacara ijab kabul dan kemudian mengeluarkan sijil kahwin. Majlis ini juga mengeluarkan surat pengesahan nikah yang ditujukan kepada satu-satunya Konsulat Malaysia bagi Selatan Thailand, di Songkhla. | Masjid Hat Yai (Ibu Pejabat MAIS) |
Waktu buka Pejabat MAIS | Untuk menangani masalah kahwin yang diuruskan oleh sindiket haram, ijab kabul bagi rakyat Malaysia sekarang hanya dibenarkan di pejabat Majlis Agama Islam yang bertempat di Hat Yai. Gambar kesemua jurunikah ini tertera pada papan kenyataan pejabat Majlis di Hat Yai. Gambar-gambar jurunikah berikut diambil dari papan kenyataan itu: |
MAIS juga mengeluarkan surat pengesahan kahwin di Thailand kepada pasangan-pasangan Malaysia yang kahwin di wilayah itu. Tujuan surat pengesahan ini ialah untuk membolehkan rakyat Malaysia memohon surat pengesahan pernikahan dari Konsulat Malaysia di sana. Contoh surat yang dikeluarkan oleh MAIS adalah seperti di kanan. Perhatikan bahawa surat itu ditujukan kepada Konsulat Malaysia bagi Selatan Thailand, yang bertempat di Songkhla, supaya Konsulat dapat mengeluarkan surat pengesahan yang ditujukan kepada Pejabat Agama di Malaysia. Klik untuk imej yang lebih besar. |
Subscribe to:
Posts (Atom)